top of page

Pameran Dunia Media 2018 (Pesta Buku Pulau Pinang)

Pameran Dunia Media anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah memasuki kali ke-3 penganjurannya. Sebelum ini Pameran Dunia Media telah berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas (2016 & 2017). Pada tahun 2018 Pameran Dunia Media (Pesta Buku Pulau Pinang) akan berlangsung di Mydin Mall Bukit Mertajam, bermula 24 April 2018 sehingga 29 April 2018.

Terdapat pelbagai judul buku tersedia untuk anda perolehi dengan harga diskaun sehingga 70%

Selain daripada jualan buku, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain.. antaranya Demo Bento & Kraftangan, Busking, Eksperimen, Bengkel Robotik, Temuduga Terbuka, Pertandingan Rekaan Fesyen, Ceramah Personaliti, Cabutan Bertuah dan lain-lain aktiviti sampingan sepanjang program tersebut.

Bawa keluarga dan rakan-rakan anda, kita berjumpa di Pameran Dunia Media (Pesta Buku Pulau Pinang)....

24 April hingga 29 April 2018 (Selasa - Ahad)
10.00 pagi hingga 10.00 malam
Mydin Mall Bukit Mertajam.

 

Masuk adalah PERCUMA!

#PDM2018
#PPAPP
#penanglibrary
#MaiBeliBuku
#pakatmairamairamai
#MembacaMembinaKetamadunanBangsa

 

 

Kalendar Aktiviti Pameran Dunia Media (Pesta Buku Pulau Pinang)

bottom of page